Seramai 33,012 calon sah dan layak untuk bertanding semua jawatan pelbagai peringkat dalam pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali di sini hari ini.
Menurutnya, selepas proses saringan, pihaknya menolak 868 orang calon merangkumi 334 orang yang muflis, 495 tarik diri dan 39 orang dikenakan tindakan disiplin.