Datuk Ismail Kijo, 61, mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Ampang bagi penggal 2013-2016.
Ismail yang dicabar empat calon melahirkan rasa syukur atas kejayaan itu.
Ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Umno Ampang, Ismail berterima kasih kepada perwakilan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus mengepalai jentera Umno bahagian itu.