Dua mati dan seorang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang, awal pagi tadi.
Seorang lagi mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ekoran kejadian itu.
Banjir kilat itu berlaku selepas takungan air di empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet dilepaskan setelah melebihi paras berbahaya berikutan hujan lebat.