Harga bawang di pasaran dunia dijangka meningkat ekoran kenaikan harga ramuan penting masakan itu di India.
Musim tengkujuh di negara Asia Selatan itu menjadikan harga bawang naik sehingga lebih daripada satu dolar amerika setiap kilogram.
Kenaikan harga bahan itu dapat dilihat di pasar sekitar Delhi dan Kolkata.
Keadaan ini memberi kesan buruk kepada penduduk, terutama yang berpendapatan rendah.
Namun, peniaga berpendapat, keadaan ini tidak dapat dikawal kerana harga akan meningkat mengikut masa.
Selain itu, peningkatan harga bawang juga dikaitkan dengan tempat penyimpanan yang tidak sesuai.
30% produk sayur dan bawang akan rosak sebelum dipasarkan.
Isu kenaikan harga bawang juga memberi kesan kepada politik India.
Pada pilihanraya 1998, parti Bharatiya Janata, BJP telah disingkirkan oleh parti kongress setelah harga bawang menghampiri satu dolar sekilo.