Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Tasik Ringlet Semakin Tenat, 60 Peratus Dipenuhi Mendapan - pakdin.my

tasik-ringlet-1

Banjir lumpur di Lembah Bertam, yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Okt lepas, sewajarnya membuka mata banyak pihak terutama penduduk setempat bahawa Tasik Ringlet sudah semakin “tenat”.

Tasik buatan manusia ini, yang menakung air untuk menjana elektrik di Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar, sebenarnya sudah tidak lagi dapat menampung kapasiti seperti ia mula beroperasi 50 tahun lalu.

Kelodak, pasir dan sampah sarap yang dibawa dari hulu sungai juga membuatkan tasik seluas 0.5 kilometer persegi ini hilang sebahagian daripada fungsi keduanya, iaitu menebat banjir.

Dalam kejadian 1 pagi itu, banjir lumpur melanda Lembah Bertam, Ringlet di sini apabila air sungai melimpah susulan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar. Akibat insiden itu, empat maut, termasuk seorang yang meninggal dunia kerana serangan jantung. Ia turut memusnahkan 80 kediaman dan kira-kira 100 kenderaan.

AIR KERUH, BERKELADAK

Tinjauan dari udara di kawasan itu mendapati air tasik dan sungai-sungai yang mengalir ke dalamnya keruh berwarna seperti teh tarik, tanda ia penuh dengan lumpur dan kelodak.

Selain itu, lereng-lereng bukit di sekeliling kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur dua minggu lepas kebanyakannya telah ditarah secara agresif untuk pembangunan.

Di hulu sungai, kelihatan kebun-kebun sayur dan tanaman lain serta pembukaan tanah giat berjalan, sebahagiannya kelihatan tidak terkawal.

Dari udara juga kelihatan beberapa buah jentera berada di tepi sungai untuk mengeluarkan kelodak, pasir dan sampah manakala bot-bot kecil membersihkan permukaan tasik daripada sampah sarap.

Hakikatnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan lebih RM180 juta sejak lima tahun lalu untuk membersihkan Tasik Ringlet dan Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar.

Kira-kira 350,000 meter padu keladak dikeluarkan dari Tasik Ringlet setiap tahun. Namun, usaha itu tidak mampu mengatasi jumlah pengumpulan mendapan di tasik berkenaan yang dianggarkan 500,000 meter padu setahun.

Sejumlah RM300,000 lagi dibelanjakan setiap tahun untuk membersihkan permukaan dan dasar tasik daripada sampah sarap yang mencecah 200 metrik tan setahun.

MENDAPAN DAN SAMPAH SARAP

Sambil menelusuri kawasan tasik dan empangan itu, diberitahu bahawa dua pertiga daripada Tasik Ringlet mengandungi mendapan dan ini bermakna hampir 27 meter kedalaman tasik itu dipenuhi dengan kelodak dan pasir serta sampah sarap yang separa timbul.

Menerima aliran air dari empat batang sungai iaitu Sungai Ringlet, Bertam, Habu dan Tenom, Tasik Ringlet dianggarkan mempunyai kapasiti takungan 4.6 juta meter padu air.

Namun kini tidak lebih daripada 9.0 meter sahaja ketinggiannya yang berair, bermakna kapasiti tasik itu berkurangan sehingga ke paras hampir 2.0 juta meter padu.

Penerokaan tanah untuk pembangunan dan pertanian yang giat dijalankan di Cameron Highlands terutama di lereng-lereng curam dan bukit menyebabkan hakisan dan ini memburukkan lagi keadaan, menjadikan masalah mendapan di Tasik Ringlet semakin kritikal.

Pasir dan tanah daripada hakisan itu memasuki sungai-sungai dan mengalir ke tasik lalu menyebabkan kedalaman sungai dan tasik semakin cetek akibat mendapan yang lama kelamaan membukit.

Jika dikumpulkan jumlah mendapan ini, saiznya boleh dianggarkan seluas sembilan padang bola dengan ketinggian hampir 6.0 meter bersamaan dengan kira-kira 500,000 meter padu pengumpulan mendapan kelodak setahun.

RISIKO BANJIR

Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik Cameron Highlands, Bahagian Penjanaan TNB Mustafa Hashim berkata: “Apabila hujan turun dengan lebat, risiko limpahan air sungai dan empangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Hujan lebat berpanjangan serta mendapan kelodak, pasir dan sampah sarap meningkatkan risiko ini.

“Ketika banjir baru-baru ini, keadaan diburukkan lagi oleh alur masuk terowong bawah tanah ke unit penjanaan yang tersumbat,” jelas Mustafa, yang sebelum ini bertugas di Empangan Kenyir, Terengganu.

Pada hari kejadian, paras air tasik naik dengan drastik iaitu 1.96 kaki (kira-kira 0.6 meter) sejam, dan ia adalah 13 kali ganda berbanding musim tengkujuh sebelum ini.

Akibatnya, air daripada empangan tasik terpaksa dilepaskan secara manual melalui satu pintu alur limpah bagi mengelakkan kejadian lebih buruk sekiranya air dilepaskan secara automatik menerusi keempat-empat pintu alur limpah.

SKIM HIDROELEKTRIK

Skim Hidroelektrik Cameron Highlands, yang mula beroperasi pada 1959, terdiri daripada dua skim yang bercantum menjadi satu iaitu skim hidroelektrik Cameron Highlands di Pahang dan skim hidroelektrik di Batang Padang, Perak.

Menggunakan jenis sistem ‘run-of-the-river’, skim ini mendapat punca-punca air melalui alur-alur masuk sepanjang sungai dan kawasan tadahan di Cameron Highlands dan Batang Padang.

Sungai-sungai utama yang mengalir di sepanjang skim hidroelektrik Cameron Highlands ini iaitu sungai – Pla’aur, Telom, Terla, Ikan, Kodol, Kial, Bertam, Ulu Merlah, Habu, Kilat, Ulong dan Ringlet.

Air daripada Sungai Ringlet, Bertam, Habu dan Tenom akan memenuhi Tasik Ringlet melalui terowong bawah tanah sepanjang 11.0 kilometer, memasuki alur masuk Bertam untuk disalurkan ke stesen janaelektrik Sultan Yussuf di Batu 19 Cameron Highlands.

Air berkenaan disalurkan ke Empangan Jor sebelum mengalir melalui terowong bawah tanah Menglang sejauh 14.5 kilometer sehingga ke stesen janaeletrik Sultan Idris II. Stesen terakhir ialah di stesen janaelektrik Odak di Batu 7, Cameron Highlands.

Punca Tragedi Banjir Lumpur Lembah Bertam, Cameron Highland

Hampir dua minggu selepas negara digemparkan dengan tragedi banjir lumpur cameron highlands yang meragut tiga nyawa, segala aspek teknikal terus dipersoal dan diteliti.

Namun mungkinkah wujud elemen perbuatan manusia yang menyumbang kepada tragedi itu.

Jika berterusan, ia dikhuatiri mengundang malapetaka lebih besar kepada penduduk lembah bertam pada masa depan.

Rizab Sungai Lembah Bertam, Cameron Highland Rakus Diteroka

Kelihatan jelas, aktiviti pertanian yang semakin tidak terkawal di Lembah Bertam.

Malah, kegiatan pertanian turut melepasi kawasan rizab sungai sepanjang laluan Sungai Ringlet.

Ini sekaligus menyebabkan laluan sungai itu, kian sempit.

Difahamkan, rizab sungai sepatutnya berada 20 meter dari tebing sungai, namun rakus diteroka bagi tujuan pertanian.

Malah, empangan di Lembah Bertam adalah satu-satunya empangan di Malaysia yang mempunyai pembangunan di kawasan pelepasan air empangan, dikuatiri mampu mencetus situasi bahaya kepada penduduk.

Punca kehadiran pasir dan keladak ke Tasik Ringlet turut kelihatan, disebabkan oleh hakisan lereng bukit-bukit yang ditarah bagi membuka kawasan pertanian baru.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Serangan bom motosikal mencederakan lima pegawai polis di Pattani

Serangan letupan menyasarkan trak polis di Pattani semalam, mencederakan lima pegawai apabila bom yang dipasang pada motosikal diletupkan dari jauh. Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, 14 November, berhampiran Jambatan Tanyong Dalo di daerah Yaring.

Harga kelapa membuka banyak peluang untuk petani di Trang

Petani kelapa di wilayah Trang, Thailand meraikannya apabila harga melambung tinggi, harga kelapa kini mencecah sehingga 20 baht (RM2.55) sebiji, kenaikan berganda berbanding harga sebelumnya. Peralihan pasaran yang lumayan ini menjanjikan pendapatan melebihi 30,000 baht (RM3,832.09) bagi 1 hektar, menarik minat daripada peniaga yang ingin membeli keseluruhan ladang.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: