Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata tindakan perobohan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman tidak boleh dianggap sebagai perbuatan merobohkan kuil itu.
Ini, kata Palanivel, kerana kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu sahaja.
“Saya terima macam-macam laporan bahawa kuil itu dirobohkan. Akan tetapi hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang diroboh. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan mengenai Perhutanan dan Penyelidikan Produk Hutan 2013, di ibu negara, Isnin.
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diminta mengulas laporan media bahawa kuil yang terletak berdekatan Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur itu diroboh pagi Ahad.
Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman itu dibina pada 1911.