Sidang Dewan Rakyat meluluskan bacaan kali kedua Bajet 2014 selepas dibahaskan selama 9 hari sejak 28 Oktober lalu yang melibatkan peruntukan kepada pelbagai kementerian.
Kelulusan itu diumumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said, kira-kira pukul 8.40 malam tadi selepas dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Antara yang hangat dibincangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Cukai Perkhidmatan, GST bagi mengantikan dua cukai yang dilupuskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 25 Oktober lalu membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.
Beliau turut hadir ketika sesi pengulunggan petang semalam.