SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan cukai pintu.
Beliau berkata, kerajaan turut membayangkan akan mengambil tindakan sama pada masa depan, memandangkan sesuatu cukai tidak boleh dikekalkan pada tahap yang sama untuk tempoh jangka panjang.