Kebakaran yang pantas merebak berlaku pada sebuah bangunan tinggi, Jianye Building di Pusat bandar guangzhou, china malam tadi.
Buat masa ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimananpun, pihak berkuasa masih belum mengetahui sama ada terdapat mangsa yang masih terperangkap di dalam bangunan.
Jabatan bomba telah menghantar 58 jentera dengan 350 anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.
Api kemudiannya berjaya dikawal menjelang subuh.
Kebakaran itu telah memusnahkan sebahagian besar bangunan 20 tingkat itu.
Penduduk yang tinggal bersebelahan dengan bangunan itu juga telah dipindahkan sebagai langkah keselamatan.
Bangunan yang dibina tahun 1995 tetapi terbengkalai pembinaannya sejak tahun 1998 itu digunakan sebagai gudang penyimpanan barang.