Kerajaan telah melakukan penambahbaikan selepas berlaku kes pemalsuan kad pengenalan oleh pengawal keselamatan Ambank yang berlaku baru-baru ini.
Ia bagi membolehkan penguatkuasa mengenalpasti 300,000 pengawal keselamatan di negara ini adalah warganegara.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, turut ditambahbaik adalah syarat pengawal keselamatan warga asing perlu lulus Bahasa Malaysia di masa akan datang.
Satu laporan akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan berhubung sistem baharu itu.
Datuk Dr. Wan berkata demikian di sesi soal jawab di Dewan Negara berhubung isu pemalsuan kad pengenalan oleh pengawal keselamatan yang berlaku di negara ini.