Tidak adil dan disifatkan cuba menekan rakyat.
Ia reaksi peniaga apabila kerajaan Selangor menerusi Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ menaikkan caj lesen perniagaan sehingga 400 peratus tanpa sebarang notis.
Malahan kenaikkan gaji Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dikatakan punca rakyat terpaksa menanggung beban.
EXCO Selangor setuju DBKL naikkan cukai pintu
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan cukai pintu. Beliau berkata, kerajaan turut membayangkan akan mengambil tindakan sama pada masa depan, memandangkan sesuatu cukai tidak boleh dikekalkan pada tahap yang sama untuk tempoh jangka panjang.