Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lalu masih belum sah walaupun hampir setahun berlalu. Pengiraan semula yang dibuat pada bulan Januari telah menerima banyak aduan dari ahli yang mengesyaki berlakunya manipulasi apabila ramai perwakilan telah tidak menerima notis mesyuarat.
Kemelut ini berpanjangan sehingga membawa kepada pemilihan semula September lalu.
Walaubagaimanapun, pemilihan semula itu juga berlangsung dalam keadaan meragukan di mana lebih banyak perwakilan ‘hilang’ berbanding pemilihan awal. Di masa yang sama, DAP mengambil sikap berdegil enggan menangani segala aduan ahli mahupun arahan ROS. DAP tetap mengadakan Kongres Tahunan seperti biasa sedangkan Ahli CEC belum lagi sah.
Namun, DAP tidak boleh lari dari undang-undang dan ahli sendiri. Oleh itu, mahu tidak mahu parti itu terpaksa menghantar laporan kepada ROS berkenaan perjalanan kongres dan juga pemilihan CEC.
Bagaimanapun, seperti yang dijangka, laporan yang dibuat oleh DAP ternyata hanya sekadar melepas batuk di tangga.
Mana mungkin masalah yang sebegitu besar telah diperjelaskan dalam surat sepanjang tiga mukasurat? Sedangkan jika nama-nama perwakilan yang ‘hilang’ diperincikan sahaja sudah pasti panjangnya beberapa muka surat.
Apa yang berlaku ini menunjukkan sama ada DAP benar-benar bodoh kerana tidak tahu bagaimana untuk membuat laporan bagi sebuah siasatan, atau DAP sememangnya sengaja ingin menunjuk samseng terhadap ROS.
Apapun, kita merasa cenderung untuk percaya bahawa DAP sebenarnya adalah kedua-duanya iaitu samseng yang bodoh sekali gus.
Jika DAP tidak bodoh, maka semua masalah pemilihan CEC ini tidak akan berlaku. Bukankah ianya bermula dengan ‘kesilapan komputer’? Sedangkan undi yang dikira hanya lebih kurang 2,000.
Dan siapa yang boleh lupa dengan pembentangan kos projek supermega terowong bawah laut yang memperlihatkan DAP ‘tersalah taip’?
Bagaimana pula dengan projek longkang untuk menghalang banjir yang diberi tanpa tender terbuka kepada syarikat yang langsung tidak disebut di dalam mesyuarat atas alasan ‘salah mengambil minit’?
Bukankah ini semua bukti kebodohan DAP?
Jika itu belum cukup untuk membuktikan kebodohan DAP maka ketahuilah bahawa hanya Ketua Menteri yang paling bodoh sahaja yang pergi ke luar negara untuk mempromosi negerinya dengan cara memburukkan negara sendiri! Siapa lagi Ketua Menteri yang sebodoh itu jika bukan Lim Guan Eng.
Kita tidak tahu sama ada Lim Guan Eng ini menjadi bodoh kerana terlalu angkuh atau menjadi angkuh kerana terlalu bodoh. Walau apapun, sikap bodoh sombongnya nampaknya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negeri, DAP mahupun dirinya sendiri.
Entah apa yang difikirkan oleh para pengundi DAP ketika memangkah parti itu dalam PRU yang lalu. Jika mereka masih mengundi DAP dalam PRU yang akan datang, maka kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja.
Mungkin pengundi DAP berpegang kepada prinsip biar bodoh dan samseng sekali pun asalkan Cina.