Sebuah pusat karaoke di Bandar Baru Mahkota Cheras, Kajang diserbu oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, awal pagi tadi.
Pusat karaoke itu dipercayai menyediakan GRO warga asing yang berpakaian separuh bogel serta menawarkan khidmat seks bagi menarik minat pelanggan.
Operasi turut dibantu anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah IPD Subang Jaya, Kajang dan Sepang.
Ketika serbuan ada GRO yang berpura-pura pengsan.
Premis ini juga didapati beroperasi tanpa lesen.
40 pelanggan warga tempatan diperiksa pengenalan diri sementara 36 wanita GRO warga Vietnam ditahan.
Seorang perempuan dan tiga lelaki tempatan yang bekerja di premis itu turut ditahan.
Polis juga merampas peralatan audio dan wang tunai berjumlah RM440.
Mereka yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.