Apabila bekas timbalan Ketua Pemuda AMK, Zahid Mat Arif dedah rahsia untuk mengetahui bilakah waktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong, ramai tidak percaya ceritanya.
Menurut Zahid yang kini jadi Mursyidul Am TIBAI atau Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, kalau hendak tahu bilakah bekas boss beliau dalam PKR itu berbohong, ianya adalah ketika Anwar buka mulut.
Maksudnya, apa sahaja keluar daripada mulut Anwar adalah pembohongan.
Sebab itu, ramai yang tidak percaya dan marah pada Zahid yang kononnya sudah dibeli UMNO untuk berceramah memburuk-burukkan Ketua Pembangkang itu.
Namun, bila ditoleh kebelakang, banyak sangat pembohongan Anwar terdedah termasuk cerita kena racun arsenik ketika di penjara Sungai Buloh.
Keluar juga gambar Anwar berkerusi roda dan memakai pendakap leher bagi menunjukkan beliau tenat.
Cuma apabila Ezam Mohd Noor dan Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan cerita sebenar, barulah orang ramai tahu bahawa semua itu sebahagian perancangan Anwar.
Begitu juga kisah Anwar dikejarkan ke hospital daripada sebuah hotel di ibu negara ketika demo Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, di ibu negara dahulu.
Kononnya beliau dan pengawal cedera terkena gas pemedih mata dilepaskan polis yang mahu menyuraikan perhimpunan haram tersebut.
Blog-blog pembangkang menyiarkan berita Anwar yang kononnya cedera dan berdarah di kepala serta gambar beliau sedang menerima rawatan.
Kemudian tersiar wawancara Anwar dengan media dan ramai juga hairan kenapa kalau sudah cedera tetapi masih sempat ditemubual media.
Sebelum Itu, Anwar heboh kononnya ada 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia mahu lompat pada 16 September 2008 tetapi akhirnya ramai ahli parlimen dan Adun PKR yang lompat.
Sejak itu ada blog-blog melabel Anwar sebagai raja pembohongan. Bahkan, tidak kurang juga yang berkata, cerita 16 Sept adalah cerita pembohongan paling besar.
Bagaimanapun, Anwar semakin kuat dengan pembohongan demi pembohongan atau kata orang, semakin menjadi-jadi dalam usaha menawan Putrajaya.
Pada 2013, antara pembohongan besarnya adalah isu 40,000 Bangla yang didakwanya jadi pengundi untuk memenangkan BN pada PRU 13.
Peliknya, dalam berpuluh petisyen pilihan raya dikemukakan pembangkang, tiada satupun yang pembangkang dapat kaitkan kemenangan BN kerana adanya sokongan pengundi Bangla.
Akhirnya, beliau sendiri juga menuduh semua itu mainan media yang pro UMNO.
Anwar juga sanggup berbohong di Dewan Rakyat isu dengan mendakwa kerajaan Malaysia akan bawa masuk 500,000 bangladesh yang kemudiannya akan didaftarkan SPR (tentunya sebagai pengundi).
Malangnya, tiga minit kemudian apabila Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa Anwar berbohong dengan tuduhan 500,000 Bangla itu akan didaftarkan SPR tetapi Ketua Pembangkang itu tiba-tiba menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kesudahannya, ahli Parlimen PKR yang juga Ketua Umum parti itu membisu apabila hansard Dewan Rakyat dan rakaman persidangan perbahasan beliau di Dewan Rakyat menunjukkan beliau memang membuat kenyataan 500,000 bangla itu mungkin akan didaftarkan oleh SPR.
Anwar sekali lagi gagal mempertahankan diri apabila dalam perhimpunan Agung UMNO awal Disember, ditayangkan video mengenai kenyataan-kenyataan beliau ketika sidang medianya yng turut mendakwa pejabat Perdana Menteri dan agensi kerajaan lain serta syarikat penerbangan terbabit membawa masuk pengundi-pengundi bangla tersebut.
Justeru itu, ada yang berpendapat tahun 2013 adalah tahun di mana Anwar bukan sahaja cuba menipu rakyat dengan isu bangla tetapi beliau sendiri yang tertipu.
Namun, percayalah, Anwar tidak akan pernah serik kerana itulah kelebihan Anwar bin Ibrahim.
Mungkin ada benar juga kata Zahid pasal tips untuk mengetahui bilakah masanya Anwar berbohong.
Cuma nasib Anwar beruntung kerana dalam beliau memperlekeh bangla dengan menuduh mereka mengundi BN, bangla jugalah yang terus memastikan namanya meletop sepanjang 2013.
Justeru itu ada yang berseloroh, siapalah Anwar tanpa Bangla.
Senarai penipuan Anwar dari 1999- 2008 : Interaksi AIDC dengan para pengomen
Senarai penipuan Anwar dari 1999- 2008 : Interaksi AIDC dengan para pengomen
Artikel ini ditulis sebagai balasan komen-komen dalam artikel “Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar” yang dipetik daripada blog anwarisme.blogspot.com.
Pengomen yang turut memberi komen dalam artikel itu adalah kumbang, Atui Dtabasan, Demang Lebar Daun, Wokyoh dan Kamal. Kepada semua diucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatian dan kesudian saudara-saudari untuk terus memberi komen-komen dalam menjayakan blog ini.1. Kumbang mencadangkan agar dibuat satu penulisan mengenai senarai penipuan Anwar. Saya kira cadangan yang amat baik dan memang wajar dibuat senarai siri-siri pembohongan Anwar dari 1999-2008 untuk memberi justifikasi bahawa pembohongan “16 September”, bukanlah satu-satunya Pembohongan Anwar.