Peserta Demontrasi Turun akhirnya merempuh halangan Polis dan memasuki kawasan sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka. Khabar terbaru setakat ini mereka telah mengambil alih pentas dan menyebabkan artis serta orang kenamaan yang hadir meninggalkan majlis sambutan. Sebelum majlis dihentikan para artis telah dibaling botol oleh peserta demontrasi. Sekarang ini polis mengambil alih pentas dan menghalang sebarang persembahan mahu pun cubaan ambil alih daripada peserta demontrasi.