Keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan para perusuh dan peserta demontrasi haram yang dikaitkan dengan perhimpunan guling kerajaan, hilang punca dan lesu.
Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.
Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan.