Kemeriahan ambang tahun baharu disambut dengan pelbagai cara termasuk yang tidak bermaruah.
Bagi pusat hiburan yang terletak di Kota Damansara, premis terbabit menyajikan tarian separuh bogel.
Polis yang menerima maklumat bertindak menyerbu premis hiburan terbabit.
Serbuan dilakukan jam 11:45 malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bersama anggota polis dari balai polis Kota Damansara.
Ketika serbuan terdapat dua wanita warga Rusia sedang beraksi ghairah dalam keadaan separuh bogel.
Manakala 16 lagi wanita warga Thailand dan China sedang asyik melayan pelanggan.
Pemeriksaan lanjut mendapati 17 wanita warga asing terbabit mempunyai pas lawatan sosial.
Manakala seorang daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan dan hanya mempamerkan dokumen sebagai belajar.
Pemeriksaan lanjut mendapati premis hiburan ini telah beroperasi tanpa lesen sejak 18 Disember lalu.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.