Berantakan antara pakatan pembangkang berebut kuasa dan kedudukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka semakin membarah.
Kenyataan timbalan menteri besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah baru-baru berhubung ketiadaan jawatan yang diberikan kepada wakil PKR di negeri itu adalah biadap.
Bukan sahaja ia menunjukkan Pas Kelantan memandang rendah terhadap sekutunya, PKR tetapi ia adalah sikap bongkak dan takabur bagi seorang dari parti seorang.
Nik Amar apa yang dilakukan kepada PKR di Kelantan samalah seperti layanan yang diberikan kepada Pas oleh Dap di Pulau Pinang.
Atas dasar ‘tit-for-tat’ maka Pas pun beranggapan tidak salah baginya untuk melakukan perkara yang sama kepada sekutu politiknya.
Inilah yang dinamakan politik dendam yang berbeza sekali daripada budaya Barisan Nasional yang sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan bermuafakat melalui perbincangan.
Mungkin Pas merasakan apa yang dilakukan oleh mereka kepada PKR ada justifikasinya melihat kepada keadaan di Selangor.
Pas mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang lebih daripada PKR dan jika diikutkan daripada kuasa penentu, parti itulah yang sepatutnya mendapat jawatan menteri besar namun ini tidak berlaku.
PKR pula yang kurang satu kerusi daripada Pas mendapat untung menjadi menteri besar sementara parti Islam itu terpaksa puas hati dengan beberapa jawatan exco.
Di Pulau Pinang yang dikuasai oleh Dap, Pas tidak berikan apa-apa jawatan exco walaupun parti itu menang beberapa kawasan.
Sementara Pas dianaktirikan, PKR mendapat habuan yang lebih baik di negeri itu dengan di beri jawatan timbalan ketua menteri dan juga exco.
Di Pulau Pinang Pas berputih mata.
Namun di Kelantan keadaannya berbeza sedikit kerana PKR dilihat sebagai parti yang lemah dan lesu di negeri Cik Siti wan Kembang itu.
Mungkin ini kerana Pas sudah sinonim dengan Kelantan kerana ramai pimpinan atasan parti itu adalah dari sana dan juga kemampuan parti itu mempertahankan kerajaan negeri sejak 1990.
PKR adalah parti baru di persada politik nasional dan juga diperingkat negeri.
Kalau tidak kepada imej dan populariti ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mungkin parti itu sudah lama berkubur atau ditelan zaman.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, PKR kalah disemua kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kelantan dan hanya mampu satu sahaja kerusi DUN.
Oleh sebab itu PKR dianggap tidak mendapat sokongan pengundi di Kelantan kerana kegagalan menyumbang kerusi parlimen dan negeri yang lebih banyak kepada pakatan pembangkang
Apapun komen Nik Amar mungkin boleh dimaafkan tetapi mudah dilupakan bak kata pepatah luka sudah sembuh tapi parutnya tetap ada.
Semua yang berlaku hanya menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pakatan di antara Pas, PKR dan Dap hanya untuk kelangsungan politik atau ‘political convenience sahaja’ tidak lebih dari itu.
Kemampuan BN bertahun mewarisi kekuatan yang dibina oleh Perikatan sehingga tahun 1974 adalah kerana kerjasama antara parti-parti komponen mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni dan semangat muhibbah sejak merdeka.
Keadaan ini pula adalah hasil usaha pengasas-pengasas kemerdekaan dari UMNO, MCA dan MIC yang bersetuju mengenepikan perbezaan pendapat dan berkorban demi mencapai negara merdeka dan berdaulat.
Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini dan BN tetap mendapat kepercayaan rakyat.
Pakatan pembangkang cuba meniru kejayaan BN selama ini tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri.
Ini kerana asas keada kejayaan BN ialah sifat keikhlasan dan bertolak ansur di antara semua partai di dalam gagasan itu.
Sifat inilah tidak dipunyai pembangkang kerana mereka hanya bekerjasama atas visi yang singkat untuk mendapat kuasa sahaja.
Kerjasama antara Pas, PKR dan Dap amat rapuh tetapi mereka berjaya menampakkan imej seolah-olah kerjasama dan persahabatan mereka begitu intim dan rapat.