Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima sepucuk surat berhubung penggugurannya sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.
Bagaimanapun, Azmin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai punca mengapa beliau tidak dikekalkan.
Difahamkan, beliau telah mengembalikan kereta yang disediakan untuk lembaga pengarah PKNS.
Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempunyai hubungan tegang dengan Azmin dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak melantik semula Ahli Dewan Undangan Bukit Antrabangsa dan Ahli Parlimen Gombak itu.
Langkah itu merupakan satu usaha untuk ‘mengepit’ sayap Azmin sebelum pemilihan parti yang dijangka akan dilakukan pada Februari atau Mac, kata sumber.
PKNS adalah salah satu sumber terbesar di negeri ini yang memperoleh pendapatan melalui pembangunan dan pelaburan hartanah.
Azmin juga dikenali sebagai seorang yang mengintai kedudukan menteri besar di Selangor.