Sementara itu, tinjauan krew kami di sekitar Selangor siang tadi mendapati harga kelapa turut naik sejak beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun kadar kenaikan yang berpunca daripada kekurangan bekalan dan faktor cuaca itu masih ditahap minimum.
Tinjauan di sekitar Batu Caves Dan Pasar Borong Selayang mendapati harga kelapa naik antara 10 sen dan 30 sen.
Kepada seringgit 80 sebiji bagi kelapa bersaiz besar dan seringgit 50 sen sebiji bagi kelapa kecil.
Peniaga dan peruncit yang ditemui turut merungut kerana kekurangan bekalan dan kenaikan harga.
Menurut Timbalan Pengerusi Penjaja Melayu Pasar Harian Selayang, Baharuddin Mahmud, pemborong sudah memberi notis awal kenaikan itu tetapi dibantah oleh peruncit.
Sementara itu, pengguna yang ditemui tiada pilihan kerana kelapa adalah antara ramuan penting masakan harian mereka.