Serangan pembangkang terhadap Hassan Malik bermotifkan politik. Namun perkara yang paling mendukacitakan apabila sesetengah blogger kononnya pro UMNO turut menyerang beliau gara-gara kurang atau tidak faham langsung teori ekonomi yang berasaskan kepada penawaran dan permintaan. Apabila kurang permintaan terhadap contohnya ayam yang naik harga maka pembekal tidak mempunyai pilihan melainkan menurunkan harga ayam demi mengatasi masalah lambakan ayam di pasaran.
Teori asas penawaran dan permintaan (laws of supply and demand) menyatakan bahawa keseimbangan harga pasaran dan kuantiti sesuatu barang berada pada titik pertemuan antara permintaan pengguna dan penawaran pengeluar. Di sini, kuantiti yang ditawarkan sama dengan kuantiti yang diminta adalah seimbang.
Jika harga berada di bawah titik keseimbangan di mana pengguna meminta barang dari apa yang mahu dikeluarkan oleh pengeluar ia dipanggil kekurangan barangan. Kekurangan barangan menyebabkan harga naik di mana pengeluar akan menaikkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan. Jika harga barang berada di atas titik keseimbangan maka berlaku lebihan barangan. Pengeluaran akan menurunkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan.
Isu ayam ini telah menjebak Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik sehingga beliau telah difitnah meletakkan jawatan. Namun beliau telah menafikan meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Laman media sosial telah digunakan oleh blogger yang “cari makan” “hentam orang” untuk menyebarkan fitnah yang tidak bertanggungjawab.
Sepatut para blogger yang pro UMNO berjihad secara berterusan melaporkan kebenaran pihak pembangkang yang pro Kristian menggunakan kalimah Allah dalam agenda memurtadkan umat Islam. Begitu juga dengan berleluasanya pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Isu bunuh dan tembak juga didominasikan oleh negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Ini merupakan penanda aras berleluasa nya kegiatan kongsi gelap. Kaitan kongsi gelap dan pembangkang juga perlu terus didedahkan demi memastikan Negara bebas dari belenggu jenayah mereka.
Tindakan pihak berkuasa yang terlalu lambat mengambil tindakan ke atas jenayah yang dilakukan oleh pihak pembangkang juga perlu diwar-warkan demi keadilan semua rakyat. Oleh itu para blogger yang menghentam kerana gagal memahami ekonomi kerana taraf pendidikan yang tidak mencukupi perlu merujuk kepada mereka yang lebih berilmu supaya diri sendiri tidak dimalukan.
Laporan Polis telah di buat bagi menafikan Hassan Malik meletakkan jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Ini sebenarnya penting demi “mengajar” mereka yang kurang “adab” dan “pelajaran”. Disamping itu ianya juga menjadi kayu pengukur untuk tindakan yang lebih agresif dan berani terhadap sebarang fitnah yang cuba dibuat oleh pihak pembangkang.
Disamping itu monopoli dan pasaran dunia juga telah menyumbang kepada berlakunya peningkatan harga barangan seperti kenaikan tarif elektrik dan bahan bakar . Oleh kerana harga barang asas dikawal kerajaan maka harga barangan lain bergantung kepada penawaran dan permintaan. Pengguna mempunyai kuasa menentukan harga barangan dengan bersepakat dalam memilih barangan untuk dibeli. Hidup kita ini selalu berkait rapat dengan pilihan. Oleh itu pengguna perlu membuat pilihan yang bijak.
Sikap pembangkang yang mempersoalkan subsidi gula 20 sen kepada rakyat walaupun kerajaan telah menjelaskan sebab musababnya menunjukkan konsistennya mereka “menghentam” kita. Namun sebahagian blogger kononnya pro UMNO gagal mengekalkan momentum sehingga menyebabkan mereka “menghentam” sesama sendiri atau adakah mereka ini dibayar oleh pembangkang.
Dalam keadaan pembangkang mengkritik dan memfitnah kononnya kerajaan boros, pembangkang sendiri telah mengadaptasikan gaya hidup boros melampau dalam keadaan negeri pembangkang mengalami defisit yang teruk. Pembelian kereta mewah Guan Eng perlu dijustifikasikan dengan betul. Penang mengalami defisit namun Ketua Menterinya bermewah-mewah.
Langkah-langkah kerajaan dalam mengamalkan pentadbiran yang berasaskan perbelanjaan secara berhemah cuba ditenggelamkan dengan isu Hassan Malik dan lain-lain lagi. Isu Kenaikkan melampau gaji adun dan speaker Selangor inilah antara isu yang perlu terus diwar-warkan kerana ini melibatkan wang rakyat. Segala janji untuk rakyat demi kepentingan rakyat tidak dilaksanakan. Penindasan ke atas rakyat ini perlu dibela. Berjihadlah dengan jalan dan niat yang betul jika kita cari keredhaan dan keberkatan Allah. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berani kerana benar. Jangan jadikan diri kita hamba duit.