Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul” luahnya di laman Twitter miliknya semalam.
Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai ‘favourite’. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan dikongsi oleh 1,082 orang.
Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.
Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.
Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.
Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.
Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.
Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.
Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.
Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :
Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara…adakah ini kejayaan kacang merah?
Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje… yang bising…kenapa kita SPIN isu nie… cari maksudnya bukan ayatnya…
Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling… bising bab KANGKUNG … Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA…bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM…. lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM…. TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM… GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT… WALLAHUALAM..
Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain…fikir2 hakhak
Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.
Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly
FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik…x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..
Nur Arisyah bodonye……pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu
Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung…cuma sekadar sayur…nak jd isu sangat watpe…manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain…Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi…kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul….
Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Salam Maulidur Rasul buat semua.