APALAH perasaan Anwar bila dihalau macam anjing kurap dari memasuki Jepun? Gebang hebat, pemimpin terhebat sana sini, DUNIA iktiraf dan sebagainya, rupanya nak masuk Jepun pun tak lepas juga. Kalau Bukina Faso atau negara mundur yang lain bolehlah faham, ini negara maju macam Jepun.
Memalukan.
Walaupun Anwar dari satu segi memang anjing kurap yang patut disepak, tapi bila Jepun mendahului dengan layan dia macam itu, rasa nak peluk saja pegawai Imigresen terbabit.
Sememangnya bagi sebuah negara berdaulat seperti Jepun, hak untuk masuk ke dalam negara itu adalah milik mereka sepenuhnya. Soal dah dikeluarkan visa atau tidak bukan isu kerana jelas disebutkan pada visa itu, keputusan akhir boleh masuk atau tidak, adalah terletak pada Imigresen Jepun.
Peraturan ini bukan baru sudah lama, hampir semua orang tahu. Malah penulis pernah kenal budak despatch yang memang kerjanya antara lain menguruskan visa di kedutaan, dia pun tahu, takkan Anwar begitu bodoh tak tahu?
Atau mungkin Anwar ada masalah lain sehingga dilarang masuk oleh kerajaan Jepun?
Setakat yang penulis tahulahkan, ada beberapa sebab saja kenapa seseorang dilarang dari memasuki sesebuah negara. Antaranya duit dalam poket tak cukup, gagal menjelaskan tujuan sebenar datang (takut jadi pelacur atau bekerja secara haram) ataupun ada memberi ancaman keselamatan kepada negara tersebut.
Anwar masuk dalam kategori mana satu, penulis tidak pasti, tapi tak pernah dalam sejarah hidup penulis mendengar ada orang yang dilarang dari memasuki sesebuah negara kerana sabitan jenayah dalam negara sendiri (seperti alasan Anwar).
Begitu juga penulis tidak rasa orientasi seksual menjadi sebab kenapa Anwar dilarang masuk ke Jepun. Negara itu seperti yang kita tahu, liberal hampir dalam semua segi kehidupan dan kebebasan manusia, setakat jadi homoseksual atau biseksual ini, biasa.
Tapi apa pun sebabnya, penulis tidak nampak kenapa kerajaan perlu masuk campur atau dipersalahkan – seperti yang cuba dilakukan Anwar sekarang.
Jepun ada hak imigresen yang sama macam negara kita juga dan mereka tidak perlu beri apa-apa alasan pun kalau mereka rasa Anwar tidak layak masuk negara tersebut!!
Percayalah, kes ini tidak akan menjejaskan hubungan antara dua negara pun. Anwar bukan sesiapa, hanya bekas banduan (kesalahan salah guna kuasa) yang sedang mengintai peluang untuk menjadi Perdana Menteri, pendek kata, he is nobody lah.
Wisma Putra dan sebagainya tidak harus terlibat. Penulis pun tahu negara kita sendiri larang ramai orang masuk ke negara ini hampir setiap hari, nanti dek sebab Anwar kita soal Jepun, Jepun (atau negara lain) pun boleh soal kita balik.