Pastinya ia disambut meriah di seluruh Asia, terutamanya di China, Hong Kong, dan Taiwan.
Menurut tradisi kaum Cina, jam sebelas malam menjelang tahun baharu adalah waktu paling sesuai untuk berkunjung ke tokong dan memohon sesuatu yang baik.
Orang ramai tidak melepaskan peluang ke tokong Wong Tai Sin, di Hong Kong sebelum jam 11 malam untuk memohon waktu yang paling bertuah bagi mereka.
Pengunjung tokong berkongsi harapan yang sama sempena tahun kuda ini supaya sektor ekonomi negara bertambah lancar dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk ahli keluarga.
Sementara itu di Taipei, penduduk bersesak di dalam tokong Longshan.
Tepat jam 12 tengah malam waktu tempatan, sami Buddha mengetuai ratusan yang lain untuk berdoa dan menyambut ketibaan tahun baharu.
Manakala di Beijing, bunyi loceng seberat 63 tan menandakan permulaan tahun kuda.
Keindahan waktu malam diserikan lagi dengan letupan bunga api dan mercun.