[liveblog]
Negeri Sabah dilanda gempa bumi berskala 4.8 Ritcher – Berdasarkan maklumat awal yang dikeluarkan portal emsc-csem dan Jabatan Meteorlogi Malaysia, satu gempa bumi berskala 4.8 Ritcher dilaporkan berlaku di negeri Sabah kira-kira jam 7.30 petang tadi.
Antara daerah yang disahkan mengalami gegaran ialah Ranau dan Tuaran. Di bawah ini ialah screenshot yang admin ambil dari dua portal berkenaan sebagai maklumat tidak rasmi kepada rakan-rakan di Sabah agar mengambil langkah berjaga-jaga.