Semakin ramai membantah dan mengecam ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berhubung video Tahun Baru Cina tetapi mengeksploitasinya dengan sindiran terhadap negara serta Perdana Menteri dan isteri.
Teresa menjadi hos kepada tiga tetamu dalam video yang di muat naik You Tube dengan jalan cerita berkisar isu-isu yang pernah jadi kegemparan termasuk insiden Lahad Datu dan isu cincin jutaan ringgit yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Rosmah Mansor.
Antara yang mengecam Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggesa tindakan diambil terhadap Teresa berhubung video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ tetapi berbaur sindiran itu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah itu berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih ekoran insiden pencerobohan pengganas selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lalu.
“Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu, Ahad.
Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.
Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata “you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)”.
Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Raffi yang turut mengecam Teresa berkata, video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia.
Di laman twitter pula, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan turut mengkritik bekas Exco Selangor itu kerana penerbitan video itu hanya akan menimbulkan macam-macam masalah.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden juga bertanya, apakah yang ingin dibuktikan Teresa melalui video tersebut.
Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Teresa, beliau sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah – Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Teresa pula belum mengulas kecaman terhadapnya selepas menerbitkan video berkenaan pada 28 Januari kononnya satu satira politik