Arsenal mengalami kekalahan paling teruk musim ini selepas tewas 5-1 di tangan Liverpool di Anfield. Kekalahan ini menyebabkan Arsenal jatuh di tangga ke-dua liga Perdana Inggeris.
Namun nampaknya hari malang bagi pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger tidak berakhir di stadium Anfield. Semasa menuju ke stesyen keretapi untuk berangkat pulang, Wenger turut mengalami kecederaa selepas tergelincir di stesyen Liverpool Lime Street.
Ketika mengulas mengenai kekalahan pasukan Arsenal kepada Liverpool, Wenger mengakui yang pasukannya tidak bermain dengan baik dan memberikan banyak ruang kepada Liverpool untuk menyerang. Akibatnya, mereka dibolosi dengan jaringan yang banyak.