Polis Turki melepaskan gas pemedih mata, ke arah ratusan perusuh, yang cuba berarak ke dataran Taksim.
Protes dilancarkan untuk membantah undang-undang, mengetatkan kawalan internet.
Ada sebilangan perusuh, bertindak melemparkan mercun dan batu, ke arah polis.
Seorang wanita cedera, dua jam selepas rusuhan berlaku.
Dia yang dipercayai bertugas sebagai wartawan, dikejarkan ke hospital.
Agensi Berita,The Associated Press, tidak dapat mengesahkan identiti wanita terbabit.
Presiden Abdullah Gul, diberi tekanan, untuk tidak mengesahkan undang-undang itu, yang memberi kuasa kepada pemerintah, menyekat laman web,tanpa arahan mahkamah.
Perdana Menteri, Recep Yayyip Erdogan pula menegaskan, langkah itu dilakukan, kerana ia lebih selamat.