Pemain T-Team, Muhammad Irfan Ghani pada Selasa bersumpah sambil memegang al-Quran bahawa beliau tidak nampak insiden pergaduhan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.
Tindakan Muhammad Irfan itu sekaligus menimbulkan lebih banyak tanda tanya mengenai kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan T-Team dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu.
Ini berikutan pada Isnin malam, seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team turut bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan tersebut.