KOTA BAHARU: Hasrat tiga kanak-kanak untuk memancing ikan di belakang rumah terbantut apabila mereka menemui satu mayat lelaki terapung di Sungai Banggu, Binjai, petang Rabu.
Mayat berkenaan ditemui kanak-kanak berkenaan sekitar pukul 3 petang .
Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari.
Ibu mangsa yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu ialah anaknya yang dikenali sebagai Mohd Adam Hakim Rozemi, 18, berasal dari Kampung Jejuluk, Bangu, Kota Bharu.
Menurut ibu mangsa, Mohd Adam keluar dari rumah pada 4 Febuari lalu dan tidak pulang sehingga keluarganya ingin membuat laporan polis pada Rabu sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Ibu mangsa mengesahkan mayat tersebut sebagai anaknya berdasarkan pakaian yang dipakai serta jam tangan yang dipakai mangsa.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Ketua polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman mengesahkan mengenai penemuan tersebut dan pihaknya akan menyiasat punca kematian selepas memperolehi laporan bedah siasat
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hasrat-tiga-kanak-kanak-memancing-terbantut-dek-penemuan-mayat-30005?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hasrat-tiga-kanak-kanak-memancing-terbantut-dek-penemuan-mayat-30005?cp