Seorang warga emas antara yang ditahan dalam serbuan di premis judi di Melaka, semalam.
Lelaki berusia 72 tahun itu ditangkap ketika sedang mendapatkan tiket nombor ekor.
Operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka petang semalam.
Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri namun sempat diberkas.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Rahimin Bani dengan kekuatan 25 anggota.
Keseluruhannya, 21 orang yang berusia antara 38 tahun hingga 72 tahun ditahan di 11 premis judi.
Mereka didenda RM1,000 seorang.
Sepanjang Februari ini, 45 saman telah dikeluarkan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri kerana hadir di premis perjudian.