Tak ada ke sesiapa nak bawa paku 6 inci pergi tangkap pontianak 🙂
Penduduk Kampung Lumba Kuda kini berada dalam ketakutan dengan bunyi Pontianak ketawa yang menyeramkan.
Menurut sumber, sejak akhir-akhir ini, beberapa orang penduduk kampung telah melihat kelibat pontianak tersebut di bumbung sebuah rumah kayu yang terbiar sejak 15 tahun lalu.
“Dulu rumah tersebut disewakan kepada orang, sejak salah seorang daripada penghuninya meninggal dunia ketika beranak, tiada sesiapa lagi yang berani tinggal di situ. “Sejak kejadian tersebut, rumah kayu itu ditinggalkan kosong dan bermulalah kisah pontianak ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, tatkala malam semua penduduk kampung tidak akan berani keluar kerana takut terserempak dengan pontianak tersebut.
“Kami cuma boleh berjaga-jaga dan menasihati anak-anak supaya tidak balik lewat malam, kerana khuatir pontianak ini boleh mengundang bahaya.
“Penduduk kampung juga tidak boleh berbuat apa-apa sebab rumah tersebut ada pemilik, dan sampai sekarang pemilik rumah itu tidak membersihkan rumah dan membuang tilam yang digunakan oleh perempuan yang mati beranak,” katanya.
Tambahnya, mungkin disebabkan tilam bekas darah tersebut masih ada maka pontiank itu sentiasa menganggu penduduk sekitar.