Kempen awalan yang dimulakan ole Anwar Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit dengan Barisan Nasional.
Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih khuatir akan kekuatan di kawasan itu.
Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan pengundi Cina.
Tetapi mengapa Anwar masih mengalabah lalu cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang.
Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik.
Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh PKR, Pas, dan Dap di Selangor.
Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu memerintah Selangor, ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN satu masa dahulu.
Tidak ada pengumuman program ekonomi besar yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di Selangor.
Semuanya berjalan atas kejayaan yang dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun.
Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air.
Sedari 2009 kerajaan pusat sudah memberi amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2.
Malangnya pembangkang melihat isu air sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan.
Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air.
Keadaan musim panas dan kering telah menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan.
Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh dielakkan dengan persediaan awal.
Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar ialah kejayaan perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban hidup rakyat.
Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Pemberian BR1M selama ini diterima baik oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan program ini untuk rakyatnya.
Negara kaya seperti Amerika Syarikat, Cina dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini.
Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap.
Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan rakyat.
BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia.
Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan professional.
Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia yang bergelombang, nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan taufan.
Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini.