Barangan basah akan dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia di Lembah Klang bermula Sabtu ini.
Perkara itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanipah, projek itu adalah hasil usaha sama KPDNKK dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mulai 1 Mac, barang-barang basah akan mula dijual di kedai KR1M Lembah Klang sebagai projek perintis dan jika berjaya, KPDNKK akan meluaskan penjualan barang basah itu di cawangan KR1M yang lain seluruh negara.
Sebelum ini, barang-barang yang ada di kedai KR1M hanya barang-barang kering.
Post by Kamaluddin Idrus.