Perancangan subsidi rasionalisasi tahun lalu antara faktor menyumbang Malaysia mencatat sejarah tertinggi dalam pelaburan ekonomi iaitu sebanyak RM216 billion.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,peningkatan itu menjurus kepada perkembangan ekonomi yang baik,dan menjadikan Malaysia berada di landasan yang betul.
Justeru itu, Datuk Seri Najib mahu individu dan negara untuk terus meningkatkan usaha dan melakukan penambahbaikan, supaya negara dapat terus membangun dalam usaha mencapai Wawasan 2020.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan di Putrajaya pagi tadi.