Lembaga pelindung dan kebajikan pengguna malaysia mengesan satu produk kesihatan yang didakwa menggunakan logo pengiktirafan, kelulusan dan perakuan tidak sah.
Presidennya, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya memaklumkan tindakan itu jelas mengelirukan serta membahayakan pengguna.
Produk minuman penjagaan kesihatan dan kecantikan itu didapati menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan SIRIM yang tidak sah.
Tindakan itu jelasnya, tidak bertanggungjawab pengeluar produk yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Terbaru, lima produk juga mendapat aduan dari pengguna dan kini sedang dalam siasatan di pihaknya.