DS Zahrain, satu-satunya nama yang berjaya buat Anwar angkat dubor keluar dewan rakyat satu ketika dulu berkaitan penipuan 16 Sept, kali ini menggegar lagi. Dikala pembangkang sibuk mempertikaikan perbelanjaan lawatan ke luar negeri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DS Zahrain mengalih perhatian kepada lawatan-lawatan memburukkan negara yang dilakukan Anwar dan budak pembancuh kopi dan pembuat karipap yang dibawanya.
Isu yang dibangkitkan DS Zahrain, siapa tanggung lawatan Anwar yang banyak ke luar negara ini? Ini soalan yang kita perlu tanyakan dengan Anwar, duit sapa yang dia guna untuk membuat lawatan ke luar negara? Takkan sebagai Ahli Parlimen, banyak sangat gajinya untuk menampung perbelanjaan ke luar-luar negara semua tu?
Kata DS Zahrain, lawatan Anwar kalah lawatan Perdana Menteri, siap ada delegasi. Termasuk yang dalam delegasi itu ialah budak pembancuh kopi yang kini mengadukan kes dia diliwat di Mahkamah oleh Anwar. Seolahnya di negara yang dikunjungi Anwar itu, tidak ada orang yang tahu membancuh kopi. Sekali lagi, siapa dia yang membayar semua perbelanjaan Anwar dan delegasinya ke luar negara ini? Adakah jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu yang memungkinkan semua lawatan Anwar ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor?
Jika itu benar, kita simpati dengan rakyat negeri Selangor, duit cukai anda digunakan untuk menanggung lawatan-lawatan Penasihat Ekonomi Negeri yang tiada faedah. Ya, walaupun katanya gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri hanya RM 1, berapa wang dibelanja untuk membayar kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri? Ada Chief of Staff lagi yang kini cuba nasib bertanding jawatan Ketua AMK. Takkan Rafizi sanggup tinggal jawatan besar di Petronas untuk bekerja dengan Anwar kalau pendapatannya RM 1 juga?
Pendek kata gaji RM 1 ini hanya pengalihan semata-mata.
Anwar pernah bising, memekak dan mempertikaikan FDI negara untuk tahun 2009 yang jatuh menjunam sehingga 81%, tetapi bila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke luar negara yang antaranya (majoriti diantaranya) mencari peluang pelaburan baru, Anwar dan barisan pembangkang yang diketuainya memekak pula.
Tak payah lihat jauh, bulan September lepas sahaja Anwar mengadakan lawatan ke Eropah (Brussel dan Berlin), singgah sekejap di UK. Bulan yang sama ke Jakarta, kebetulan sama pula dengan Festival Filem Gay Qi yang berlangsung di sana, tapi tak pasti pulak ada kaitan atau tidak. Sebelum itu apology tour ke US berhubung kecaman pelobi yahudi USA atas kenyataannya mengenai APCO yang disifatkan sebagai anti simetik dan sebagainya. Semua ini bukan sikit perbelanjaan dan soalan kita siapa yang menanggung?
Penulis ada masanya kagum dengan Anwar. Kagum dengan keupayaannya menebalkan muka, memekakkan telinga bagi segala penipuan yang dilakukannya. Paling ketara, tentang jadi Perdana Menteri 16 September 2008. Entah bagaimana, penipuan yang jelas dan nyata dengan turutan peristiwa yang jelas, ditukar oleh Anwar menjadi harapan dan doa yang tidak dimakbulkan Allah swt, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan dan sebagainya. Jangan lupa sebelum itu ada pasukan pemujuk dihantar ke Taiwan kononnya untuk memujuk MP BN melompat, sekali lagi, duit siapa tanggung semua ini?
Dalam masa sama, kita kita minta YB-YB BN di Parlimen peka dengan keadaan dan cepat membuat pertanyaan. Nasib baik ada DS Zahrain membuka mulut.