Lebih 200 orang telalah ditangkap di sekitar Kuala Lumpur kerana menyertai perhimpunan haram. Tangkapan dibuat disekitar Jalan Masjid India dan polis menambah lebih banyak truk untuk mengangkut lebih ramai lagi yang dijangka akan ditangkap.
Walaupun tangkapan demi tangkapan terus dibuat dan terkini di sekitar stesyen keretapi, kami majoriti rakyat yang telah memilih kerajaan sekarang melalui proses demokrasi piliharaya mahu pemimpin yang mengganjurkan perhimpunan haram ditangkap segera.
Kemaskini:
Jumlah tangkapan sehingga jam 1230 adalah seramai 514 orang. Daripada jumlah ini, 478 orang adalah lelaki dan 36 lagi adalah perempuan.
Jumlah tangkapan sehingga jam 1430 adalah seramai 672 orang. Daripada jumlah ini, 624 orang adalah lelaki dan 48 lagi adalah perempuan.
Jumlah tangkapan sehingga jam 1530 adalah seramai 924 orang. Daripada jumlah ini, 875 orang adalah lelaki dan 49 lagi adalah perempuan.
Jumlah tangkapan sehingga jam 1840 adalah seramai 1667 orang. Daripada jumlah ini, 1500 orang adalah lelaki, 151 lagi adalah perempuan dan juga 16 kanak-kanak yang dibawa turut serta dalam perhimpunan oleh ahli keluarga mereka.