AIDCNews – 09/07/11 – Rata-rata pemerhati menyifatkan perancangan BERSIH untuk menimbulkan impak seperti tahun 2007 telah menemui jalan buntu dan berakhir dengan kegagalan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak muncul dalam sidang media di Hotel KL Hilton 3.30 petang tadi, sebaliknya dilakukan oleh anaknya, Nurul Izzah Anwar, dan N Surendran, Naib Presiden PKR.
Manakala PAS pula diwakili Dr Syed Azman mewakili pihak PAS.
Dalam sidang media itu, ketiga-tiga pemimpin itu tidak bercakap berkenaan pilihanraya, sebagaimana matlamat asal penganjurannya, sebaliknya dijadikan medan untuk mengutuk pihak polis kononnya polis bertindak kejam yang menyebabkan kecederaan kepada Anwar Ibrahim.
Menurut mereka Anwar telah dihantar ke Hospital Pantai kerana kecederaan itu.
Menurut laporan blog The Unspinners, Anwar tidak cedera seperti mana yang diwar-warkan, tetapi Anwar berlakon sakit dan dihantar ke Hospital Pantai dengan ambulan.
Ramai yang berpendapat memperbesar-besarkan berita kecederaan Anwar semata-mata untuk menutup kegagalan demo BERSIH.
Ada di kalangan pemerhati bertanya, penyembur air FRU boleh menyebabkan Anwar cedera kah ?
“Anwar tidak ikut berarak seperti dikatakan. Dia lari masuk balik ke hotel Hilton.
“Polis dah tunggu dan tangkap di luar Hilton. Semasa tangkapan itu, Anwar tak cedera tapi dikatakan cedera oleh Spin Master. Yang nampak dalam gambar berikut adalah sedikit semburan pada bodyguard dia.
“Tapi kaki penipu dan auta ni berlakun sakit dan di hantar ke Hospital Pantai pakai Ambulan. Ini mesti nak dapatkan MC untuk lari dari bicara Julai 13hb”, lapor The Unspinners. Klik di sini