JASIN: Kontraktor yang menjalankan kerja mencari harta karun di Pulau Nangka akan mendedahkan lakaran imej bilik yang dipercayai menyimpan artifak berharga itu kepada media minggu depan.
Syarikat berkenaan, Smart Partnership International (M) Sdn Bhd akan mendedahkan imej bilik terbabit selepas melakukan proses pengimejan elektro magnetik buat pertama kali secara tiga dimensi (3D).
Pengarahnya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said ketika ditemui di pulau itu petang tadi berkata, imbasan itu dilakukan bertujuan memberitahu orang ramai secara telus berhubung kerja mengesan harta karun yang dilalukan oleh pihaknya.