LIONEL Messi menunjukkan aksi dan kehebatannya dengan menghadiahkan satu gol, membawa kemenangan 2-1 ke atas Bosnia Herzegovina dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F di Maracana.
Gol pertama Argentina diperolehi hasil kesilapan pemain pertahanan Bosnia, Sead Kolasinac yang menolak bola ke gawang sendiri membenarkan juara dunia dua kali, Argentina mendahului 1-0 seawal minit ketiga.
Jaringan sendiri itu adalah terpantas dalam sejarah Piala Dunia.
Pemain lincah Barcelona itu kemudian meletakkan Argentina di kedudukan 2-0 pada mminit ke-65.
Bosnia tidak mengalah sebaliknya mengasak kubu lawan pada 10 minit terakhir permainan dan berjaya merapatkan jurang 2-1 menerusi Vedad Ibisevic pada minit ke-84.
BERIKUT merupakan statistik perlawanan Argentina menentang Bosnia Herzegovina.
Posisi dan pertukaran pemain.
Purata kedudukan pemain sepanjang perlawanan.
Arah serangan sepanjang perlawanan.