SALVADOR: Hatrik pertama Piala Dunia 2014 oleh Thomas Mueller membantu Jerman memulakan impian besar selepas gah membelasah Portugal 4-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia di Arena Forte Nova awal pagi ini.
Tiga gol daripada penyerang Bayern Munich yang hadir membuat kemunculan ke-50 adalah hatrik ke-49 dalam kejohanan ini dan menambah himpunan gol Mueller kepada 20 untuk skuad kebangsaan setakat ini.
Apa pun, perlawanan penting kumpulan itu tercemar selepas pemain pertahanan Portugal, Pepe dilayangkan kad merah selepas dia mengasari Mueller pada minit ke-37.
Jerman harus tidak menjangka betapa selesa mereka dapat mendahului Portugal 3-0, termasuk dua daripada Muller.
Anak didik Joachim Loew mendahului seawal minit ke-11 hasil sepakan penalti Muller dan Mats Hummels menambah gol kedua pada minit ke-31 selepas menerima hantaran Toni Kroos.
Mueller menambah derita Portugal dengan gol ketiga pada minit ke-45 selepas memperdayakan penjaga gol, Rui Patricio.
Cabaran Portugal tersentak apabila terpaksa mengharungi cabaran berbekal 10 pemain selepas pemain pertahanan, Pepe dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Muller pada minit ke-37.
Gol keempat Jerman menyusul pada minit ke-78 dan Mueller sekali lagi menunjukkan kelibat selaku peledak buat menghampakan pertahanan Portugal yang bagai hilang arah dalam permainan ini.
Jerman 4-0 Portugal
Gol: Thomas Muller (m-12,45′ 78′), Mats Hummels 32′
GERMAN
Neuer; Boateng, Mertesacker, Hummels, Howedes; Lahm, Khedira, Kroos, Ozil, Gotze; Muller
SIMPANAN: Zieler, Grosskreutz, Ginter, Schweinsteiger, Schurrle, Podolski, Klose, Draxler, Durm, Mustafi, Kramer, Weidenfeller
PORTUGAL
Patricio; Pereira, Pepe, Alves, Coentrao; Valoso, Moutinho, Meireles, Nani, Ronaldo; Almeida
SIMPANAN: Eduardo, Carvalho, Vieirinha, Eder, Costa, Neto, Silva, Varela, Almeida, Amorim, Postiga, Beto