SALVADOR: Pemain pertahanan Portugal, Pepe berdepan kemungkinan penggantungan tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada babak pertama saingan Kumpulan G menentang Jerman, awal pagi ini.
Pepe yang memiliki rekod kurang baik iaitu mudah panas baran dan menerkam lawan dalam perlawanan sebelum ini mengasari penyerang lawan, Thomas Muller dan pengadil dari Serbia, Milorad Mazic tidak teragak-agak memerintah pemain Real Madrid itu keluar padang pada minit ke-37.
Layangan kad merah bererti penggantungan satu perlawanan di Piala Dunia tapi lazimnya angka itu akan ditambah andai didapati ada unsur keganasan dalam permainan.
Pada 2009, Pepe digantung 10 perlawanan selepas dia menyepak pemain Getafe, Francisco Casquero dalam aksi Liga Sepanyol.