Costa Rica mengejutkan Itali 1-0 sebentar tadi untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati, sekali gus mengesahkan penyingkiran awal England pada Piala Dunia 2014.
Tandukan ketua pasukan, Bryan Ruiz yang menyambut hantaran cantik Junior Diaz pada minit ke-44 mengesahkan kemenangan sensasi pasukannya dan menghancurkan hati dua pasukan sekali gus.
England, yang tewas 1-2 kepada Itali dan Uruguay dalam dua perlawanan pertama mereka mengharapkan skuad Azzurri menewaskan Costa Rica untuk menghidupkan peluang, namun apa yang berlaku di Recife benar-benar menghancurkan hati penyokong Three Lions.