BELO HORIZONTE – Bintang penyerang Jerman, Miroslav Klose memecah rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan meledak gol ke-16, mengatasi rekod milik legenda Brazil, Ronaldo.
Jaringan tersebut dihasilkan pada minit ke-23 perlawanan separuh akhir sebentar tadi, yang menyaksikan Jerman mendahului Brazil 5-0 pada babak pertama.
Klose, 36, yang membuat penampilan keempat Piala Dunia sudahpun menyamai rekod 15 gol milik Ronaldo ketika membantu Jerman seri 2-2 dengan Ghana di peringkat kumpulan.