Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan golongan gelandangan yang berusia 60 tahun ke atas ditempatkan di Rumah Seri Kenangan kendalian kementerian itu.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Perdana Menteri mengarahkan kementerian beliau berbuat demikian bagi memudahkan penjagaan bagi golongan gelandangan warga emas itu.