ALGIERS – Pesawat penumpang Air Algerie AH5017 yang membawa 116 penumpang dan anak kapal disahkan terhempas selepas hilang dari radar di ruang udara Mali, pada pukul 1.55 petang (GMT).
“Sayamengesahkan pesawat itu terhempas,” kata seorang pegawai penerbangan Algeria kepada Reuters. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lokasi dan bagaimana kemalangan itu berlaku.
Pesawat milik Swiftair, syarikat penerbangan swasta dari Sepanyol itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Air Algerie di Algeria dengan kapasiti 110 penumpang dan enam anak kapal.
Radar penerbangan tidak dapat mengesan AH5017 selepas 50 minit ia berlepas dari lapangan terbang Ouagadougou di Burkina Faso iaitu pada pukul 1.55 petang (GMT) dan sepatutnya mendarat di sini pada pukul 5.10 petang (GMT).
Air Algerie/Swiftair flight #AH5017 EC-LTV is now confirmed crashed in Niger. Still no info about passengers and crew pic.twitter.com/rq0YwHsXxQ
— Flightradar24 (@flightradar24) July 24, 2014