Arsenal memulakan cabaran musim baru bola sepak Inggeris dengan semangat baru selepas menewaskan Manchester City 3-0 dalam perlawanan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Gol The Gunners adalah sumbangan Santi Cazorla pada minit ke-21, Aaron Ramsey (m-52) dan Oliver Giroud (m-60).
Arsenal yang kemarau tanpa trofi kejuaraan selama sembilan tahun utama sebelum memenangi Piala FA, Mei lalu kini mengutip satu lagi gelaran selang tiga bulan kemudian.