Saya menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah bumiputera yang “dianaktirikan” oleh pemaju perumahan bukan bumiputera.
Aduan itu telah menjadi “viral” dalam media sosial sejak beberapa hari ini.
Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.
Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.
Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.
Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
26 September 2014
Dakwaan Penipuan Diskaun Harga Penjualan Rumah Bumiputera Disiasat
Selepas isu penyusutan tanah rizab Melayu dibangkitkan timbul pula dakwaan potongan harga rumah unit Bumiputera dimanipulasi oleh pemaju.
Dakwaan itu disiasat oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, Perdasama.