Seramai lapan orang penumpang dan 14 anak kapal Singapore Airlines (SIA) mengalami kecederaan selepas SIA Flight 424 mengalami masalah pergolakan udara.
Pesawat Airbus A380 yang membawa 408 penumpang dan 25 orang anak kapal itu berlepas dari Singapura menuju ke Mumbai.
Perkembangan mengenai kesemua 22 orang yang tercedera itu belum diketahui, namun mereka telah menerima rawatan selepas pesawat itu mendarat di Mumbai.
Menurut jurucakap SIA: “Kami mengambil perhatian segera kepada kesemua penumpang dan anak kapal. Singapore Airlines akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak berkuasa melakukan siasatan.”